Lambang Negara

Monday, November 12, 2012

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta



Pada tahun 1957, lagu negara kita ‘Negaraku’ dicipta. Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakin di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Polis Diraja telah memperkenalkan 4 buah lagu dan lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih. Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan Lagu terang bulan.
Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat pada tanah air, kita harus bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi negara.




Thursday, October 11, 2012

Bunga Raya

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.


Monday, October 8, 2012

Jalur Gemilang

Maksud warna dan lambang pada jalur gemilang:
  1. Warna kuning pada anak bulan dan bingtang melambangkan warna bagi Duli-duli Yang Maha Mulia(DYMM) Raja-Raja.
  2. Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
  3. Warna merah melambangkan keberanian.
  4. Warna putih melambangkan kesucian.
  5. Anak bulan melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  6. Bintang pecah empat belas menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dengan kerajaan persekutuan.
  7. Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.


Thursday, October 4, 2012

Lambang Negara






Jata Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning  pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.